Mengenai Kami

Doctor Ringgit adalah sebuah syarikat pinjaman wang berlesen di Malaysia yang memberi tumpuan dalam pembiayaan kewangan mikro.

Kami juga merupakan sebuah syarikat yang profesional dalam bidang pinjaman untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.

Kami memberi perkhidmatan pinjaman peribadi yang premium untuk menyelesaikan masalah anda tanpa memerlukan apa jua cagaran. Prosedur kelulusan dalam masa yang singkat akan memudahkan dan mempercepatkan permohonan pinjaman anda.

Doctor Ringgit menawarkan cara yang inovatif untuk memberi produk pinjaman peribadi yang dapat menyelesaikan masalah keperluan harian anda. Polisi etika perniagaan kami yang berhemah dan telus adalah amat penting.

  • Pantas

    Ini adalah motto Doctor Ringgit. Kami memastikan bahawa ia hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk melengkapkan permohonan online. Setelah diluluskan, kami memastikan bahawa anda mampu mendapatkan wang anda dalam akaun bank anda dalam masa 24 jam. Prosedur pembayaran balik yang senang dan mudah: Pemindahan Dana Segera melalui Perbankan Internet, melalui Kad ATM Pindahan Dana di mesin ATM atau Pembayaran secara tunai di pejabat kami.

  • Mudah

    Elakkan masa beratur, prosedur permohonan yang rumit dan kelulusan yang memakan masa yang lama. Proses permohonan yang mudah, pengisian borang permohonan online untuk menghantar bukti identiti anda, tempat tinggal dan pendapatan yang sah, semuanya selesai dengan hanya beberapa klik dari telefon bimbit atau computer anda.

  • Telus

    Keutamaan kami adalah memastikan ketelusan dalam butiran pinjaman anda. Membina kepercayaan dengan memastikan bahawa anda dimaklumkan dengan jelasnya tentang terma dan syarat pinjaman anda.

Perhatian

Para Pelanggan Yang Dihargai, kami ingin memaklumkan dengan tegas bahawa DOCTOR RINGGIT adalah pemberi pinjam wang yang BERLESEN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN MEMINTA PELANGGAN KAMI MEMASUKKAN WANG KEDALAM BANK AKAUN ATAU MENGUTIP WANG TUNAI PENDAHULUAN/DEPOSIT/CAJ-CAJ. Ini adalah kerana ada segelintir penipu yang menggunakan nama kami untuk menipu pelanggan supaya membayar secara tunai/deposit ke dalam bank akaun peribadi supaya kelulusan pinjaman wang dijamin. Terima kasih di atas kerjasama anda.